Rickettsia rickettsii
Rickettsia rickettsii

Rickettsia rickettsii

Rickettsia rickettsii (disingkatkan sebagai R. rickettsii) ialah kokobasilus sel tunggal gram-negatif yang asli di Dunia Baru. Ia tergolong dalam kelompok demam bintik (SFG) bagi Rickettsia dan paling kerap dikenali sebagai agen penyebab bagi demam bintik Pergunungan Rocky (RMSF). Dari segi sifat, R. rickettsii ialah parasit antara sel obligat yang terselamat dalam hubungna endosimbiosis dengan sel-sel lain.R. rickettsii ialah organisma aerobik tidak membentuk spora dan tidak motil. Sel-selnya biasanya bersaiz 0.3–0.5 × 0.8–2.0 μm. Ia kekurangan nukleus tersendiri dan organel-organel terikat selaput. Selaput luarannya kebanyakannya terdiri daripada lipopolisakarida.RMSF dipindahkan dengan gigitan sengkenit terjangkit semasa menghisap darah daripada haiwan berdarah panas, termasuk manusia. Manusia dianggap sebagai perumah tidak sengaja dalam kitaran hidup sengkenit Rickettsia dan tidak diperlukan untuk mengekalkan riketsia dari segi sifat.